Monday, May 21, 2012

warna warni tahun 3

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah...

Akhirnya kembali hidup jari jemari ....

Kmbali menari di atas key-board dgn izinNya...


Apa khabar di rantauan??


Alhamdulillah..pejam celik pejam celik ...sudah tahun ke 3 saya dlm dunia perubatan. Baru 3 tahun.


Teringat tika menjejak kaki di lapangan terbang tahun lepas,di hati cuma terdetik "mampukah aku lalui tahun 3??"

Kenapa timbul persoalan tu?

Kata senior " tahun 3 ni mncabar sikit, da la banyak kene study,SUSAH pulak tu !" * dgn gaya bsungguh*


Hampir smua orang ckap begitu sehingga saya labelkn tahun 3 = TAHUN SUSAH...


Dengan bismillah saya mulakan tahun sesi pengajian baru. Tidak kurang juga ,boleh dikatakan hampir semua dokturah bkata " bsabar ya,tahun ni shj kamu blaja banyak dlm masa yg singkat"..


Makin kukuh perkataan SUSAH memahat di minda...Aii,belum mula apa2 da kata susah...susah ni -_-"


Susah sangat ke?


Setiap pergerakan,pasti ada pengawalnya.

Dan pergerakan tubuh badan manusia, otak lah yg menjadi 'remote control'...


Benarnya,memang SUSAH bila dah mind setting SUSAH...


Pemulaan tahun yang perit. Setiap kali balik kelas pasti tertekan. Tidur ubat pelega. Blurr. Tak faham. Macam mna ni? Hampir 3 bulan belaja,masih di tahap yg sama?


Pathology?

Parasitology?

Microbiology?

Pharmacology?

Ape lagy??


Ape yg aku belajar ni??

Seolah2 baru masuk tahun 1...baru merangkak mengenal apa itu dunia 'medic'..merangkak...sedangkan hari makin hari,makin banyak yg belajar.berkejar...


Kalau susah camne?


Tak seronok kan bila tak faham?

Biar sikit yg belaja , asalkan faham.


Sedikit masa diluangkan,buat diri yg ' abnormal' tahun ni...

Apa punca semua ni?kenapa diri ni susah nak adapt bnda baru?


Berjalan di sepanjang lorong menuju ke metro. Cuba membayangkan, kalaulah salah satu lorong ni disekat dengan batu bata,walau tertutup separuh lorong ni,mesti susah manusia utk lalu lalang. Lagi susah bagi mereka yang hanya tahu lorong itu shj sebagai laluan ke destinasinya..


Samalah macam saya!!


'Lorong' pemikiran saya,awal2 lagi dah disumbatkan dengan ' batu bata ' besar....

.........SUSAH...THE BIGGEST ROADBLOCK....


Sehinggakan benda yang mudah boleh saya katakan susah sebelum usaha...k'mon asiah !!


Blurr??...yakinlah,kekaburan tu akan hilang dengan usaha ke arah mncari kefahaman..


Susah??....Jalan yg mudah memang bermula dengN susah..kalau tidak,bergoyang kaki lah kita nak masuk syurga..


Banyak sangat????...ilmu allah kalau di tulis menggunakan dakwat air lautan pun xkan pernah cukup...


Masa tak cukup??...ada sapa2pernah dpt 25jam?habaq mai :P masa mmg sudah tersedia 24jam sorang,tak perlu diatur kerna walau sesaat pun kita x mampu utk mngundurkannya...tapi aturlah diri dengan masa yang ada mengikut keperluan..utamakan yang lebih utama...


Tak de semangat???....bila bersemangat kerna sesorang atau kerna sesuatu,hilang benda itu maka melayanglah semangat itu...bila semngat kerana Allah, Allah itu kekal dan sentiasa wujud...tajdid niat semula!!


Akhirnya......mesra berkenalan^^


Alhamdulillah,walaupun terasa seperti mimpi sudah tiba mid year exam, Allah bagi peluang nikmat ' berkenalan ' dengan semua subjek tahun ni...seolah2 satu proses mengenali hati budi seseorang...


Pathology~ kene faham anatomy,histology dan normal process dari physiology


Parasitology~ ala2 histo..tapi menghafal ala2 anatomy...


Pharmacology~ kne faham physiology nya dan hafal segala jenis nama n sifat setiap ubat ( sgt mncabar daya ingatan)


Microbiology~ spt histology dan biochem...semua benda yg tak nampak by naked eye..fakta se fakta faktanya...


Bila mngaitkan feel subjek tahun ni dgn subjek yg pernah belaja tahun lepas, terasa sedikit aura kesungguhan tahun lepas...


Bila kenal,maka cinta itu berputik, mekar subur bunga cinta itu mngembang bila kefahaman mengiringi ;)


Tahun ini,kali pertama dlm hidup saya terlepas kata ' medik ni susah'!!


Dengan rasminya, sya menarik kmbali kata2 itu....dan ganti dengan MEDIK NI SERONOK & MUDAH !!!


Khulasoh...


Cerita orang lain itu perlu. Pengalaman mereka perlu didengari dan hayati. Mereka cerita apa yang mereka rasa dan tidak mungkin sama apa yang bakal kita rasa.


Tidaklah susah atau senang sesuatu itu selagi kita sendiri belum merasainya...


Pandanglah sesuatu itu dengan pandangan positif...


" aku boleh lakukan kalau orang lain boleh buat. Kalau tiada siapa yg boleh buat, aku lah orang yg boleh memulakannya"


Jatuh bangun itu adat. Iman pun naik dan turun..selagi ada masa,berusahalah....selagi ada peluang,gunalah sebaik mungkin...


Pengalaman boleh dikongsi,tapi tak boleh dirasai bersama...kerna puzzle hidup kita penuh warna warni yg berbeza antara kita


Buat adik2 akhir tahun 2, ambillah cerita ini sebagai persediaan...


Buat sahabat2 semua, jangan jadi PENGECUT untuk MENCUBA sesuatu yg baru...belajar mengenali sebelum dikenali...


Mencuba ' slow2' lagi baik drp terus berhenti...


Usaha dan doa itu ibarat lebah dan sarangnya. kalau usaha sahaja,sama seperti lebah terbang tanpa tujuan. Jika berdoa sahaja, sama seperti sarangnya yang kosong ;) hanya keredhaan Mu harapanku...


notahati : Alhamdulillah,sekarang saya dalam musim final exam ( sudah akhir tahun 3 ) ..doakan kami najah tahun ni..tak sabar nak naik tahun 4, clinical year...jmpe patient,bes nye!!!..


Masa exam je sempat menaip,bz sakan la katakan :P


Published with Blogger-droid v2.0.4