Friday, March 25, 2011

jauh melangkah

Assalamualaikum...

Asalnya 16 Mac,tukar ke 18Mac,pastu cancel ! cancel ! 19 pulak..Oh no! 20 mac pulak! Ya Allah,kacipkn gigiku,kelukan lidahku dari mengeluh. Mood balik k Mesir makin terhakis dek ujian kecil ini.Come on lah Asiah! Lastly,tiket KB-KL habis tuk 20 Mac,plus tak sanggup da nak ‘derma’ kat MAS bayar tuk extand tarikh,lapang dada menerima realiti.

Saya cuba utk tanam perasaan “yea! Balik Mesir”..tapi.....lebih baik ada sedikit daripada tak ada langsung =’)

***19 Mac 2011***

Alhamdulillah,berjaya melepasi pentas ‘air hujan epot’.Walaupun mak dah pesan “buat ape nak nangis,anak mak nak pi mengaji”,tetap kalah bila hangat dalam pelukan bonda.Mumkin terakhir.Entah apa yg mengepam tangki air sehingga melimpah airnya.Sarat membawa harapan dan pesanan kalian.Terima kasih semua,maaf yer,pagi2 hari kene bangun hantar kak yah =P


Alhamdulillah,tiba di KLIA jam 10.15pagi.Kelaparan mengalahkan kesedihan. Menjamu selera sekadarnya sebab ade date lepas ni.Sejurus sahaja kami bertiga[Bie n Fateha n me] check in at Pan Pasific Hotel di KLIA,belum sempat melabuhkan tubuh,ayah dah menunggu di lobi hotel.

Rindunya ayah.Sepatutnya kami fly bersama ke KL pada 16Mac lepas,tapi Allah lebih tahu yg terbaik buat kami.Keluar lunch dengan ayah.Entah kenapa lain benar ayah hari ni.Happy go lucky semacam. Ada aje cerita lawak dia. Pecah perut Bie dan Teha dibuatnya.Saje je nak suruh anakanda makin kuat rindu senyuman ayahanda tu =P.[cover sedey la ayah tu..hue3]

Langit mendahului menumpahkn sarat bebanan awan.Hujan rahmat.Salam dan ciuman terakhir dengan ayah di hadapan pintu hotel.Sama2 ucap selamat jalan.Moga selamat sampai Kelantan esok ,ayah!

Naik ke bilik dengan kepenatan dan kekenyanyang.Entah kenapa,mata berat tapi tak mahu lelap.Bantal empuk dan katil yg selesa tak boleh mengulit diri ini.Tengok lappy pom tak de mood.Handphone tak jemu berdering.Selagi ada masa di sini,gunalah peluang ini sebaiknya.Walau tak sempat bertentang mata,mendengar suara sudah cukup mengubat rindu . Sebulan lebih cuti tak cukup untuk bertemu dengan semua.Maaf ya T_T.

Dalam pukul 5ptg lebih,bersiap nak hantar Kak Ummu balik Mesir [under kerajaan Terengganu] malam ni.Ya! Memang KLIA di banjiri pelajar2 Mesir.

Tak sampai setengah jam santai di KFC,Cik Jana dan anak daranya betul2 ada di depan mata saya.Ya Allah! Lainnya mereka..Apalagi,my aunty ni bawa pi makan. [makan lagi..rizqum minallah..=)]..Gumbiranya bila dapat bertemu,bertukar nuur,berkongsi cerita.Mereka sekeluarga memang meriah! Perancangan Kau memang hebat ya Rabb. Masa berlalu membuka mataku dengan hikmat ujian kecil hari2 lepas.Terima kasih Cik Jana,Pak Cik Lan, K.ngah dan Dik Aah. Really appreciate it!! Hanya Allah boleh membalas kebaikan korang.

Terasa syahdu di malam akhir . biasanya waktu ni mesti duk teman ayah tengok tv.Ah!itu cerita d rumah sana.hue3.Seriously,tertanya-tanya,kenapa perpisahan kali ni syahdu banget.Mumkin kerna dapat kepuasan sepanjang ‘cuti mengejut’.Apa tak nya,semua adik beradik ada kat rumah.Alhamdulillah,Allah bagi peluang utk rasa nikmat ada keluarga.Bukan berkeluarga ya!

***20 Mac 2011***

Ehem.Katanya lepas subuh nak datang amek.Tup..tup Allah gerak si dia jam 8 pagi.hue3..Pagi ni Kak cik dan Abg Aris janji nak bawa kami jalan-jalan. See Asiah! Allah dah aturkan sesuatu utk kalian.Syukranlillah.Jam 10 pagi barulah kami bergerak ke Putrajaya.Ade pesta belon panas.Free2 dapat tenangkan fikiran tengok tasik,pesta dan gelagat manusia yg bermacam rupa.

Manusia ni ada macam2 gaya,sebab itu kita saling memerlukan.Lihatlah manusia utk kita kenal diri kita.Bila sudah kenal diri,automatically kenal Pencipta diri kita.Tak kenal maka tak cinta.Bila dah tercapai cinta Pemberi cinta,barulah kita boleh benarkan cinta pada makhluk Pencipta.

Panas juga disini ya.Kita boleh tahan panas disini,tapi mumkin tidak pada api neraka di hari sana.Nauzubillah.Pusing2 sekitar pesta...cukuplah gambar menggambarkan cerita kami di sana...



Macam2 kami dapat.Nampak lepak aja,tapi ada shj kata2 manis dari abg kakak kami. Duduk ngan dorang mmg tak kering gusi,sempoi2 kami berisi.

Balik ke hotel,bersiap sebelum check out.Dalam pukul 2 ptg,kami bergerak ke departure hall. Setia betul kak cik dan Abg Aris menunggu dan melayan karenah kami adik2 dorang...mekasih ya.

Makin hampir dengan waktu kejadian,makin hilang arah perasaan dan akal ni.Melayang entah kemana.Pakar psychology~Kak cik dan Abg Aris,betul2 pandai cover line.Ade saje nak suruh kami tersenyum dan ketawa.Siap ada wat shooting “khutbah terakhir + salam terakhir”. Kalam penuh hikmat tu mnjadi sumber kekuatan kami berjuang di bumi Anbiaa.

Ditemani sepanjang saat sebelum berpisah pandangan amatlah kami hargai.Saya cuba utk menghargainya.Walau jauh,mak sentiasa terasa bersama.Handphone kan ada,ape susah! =P

Walau susah bg Bie utk melepaskan pelukan kakandanya,jam 6.55ptg telah tercatit saat bercerai. Ni baru nak pi berjuang dengan buku kertas,belum lagi berperang dengan pisau senapang.hue3.Bersyukur tiada yg tertumpah waktu ini.Tidak mahu.Kerna air yg disangka jernih mampu melemahkan saya utk terus bergerak.Lebih baik ditakung daripada dijatuhkan =’)

‘’betulkan niat’’ pesan mak dari dulu lagi.”Ya Allah,langkahku sudah bermula.bantulah aku utk mencapai cintaMu,bukalah semua pintu ilmuMu di sana.Kurniakan aku hati yg baru”

Masing2 dengan dunia sendiri.Bie dan Teha sempat lagi ambil peluang mendengar suara yg tersayang. Saya? Tidak.kerna takut pada si ‘air’ itu.Berbisik dengan diri lagi menyenangkan.Disinilah sana mula belajar erti berpaut padaNya.Biar mula2 dgn persepsi yg salah,lama2 sy akn belajar bertawakal padanya setiap saat.

Perjalanan 6 jam 45 minit ke Dubai cukup memenatkan .Rehatkan diri ,habiskan masa dengan diri sendiri.

***21 Mac 2011***

Mendarat di Dubai.Kehulur hilir kami. Entah ke mana tourist guide dari travel agency tu..hue3..pengurusan yg tak sistematik bleh bagi impak maximum pada stiap yg merasainya.17 jam transit tanpa hotel.tersidai lah kami di airport tanpa penyidai.

Umur baru di tempat baru . Alhamdulillah,nikmat umur tu jarang kita syukuri.Menggumbirakan diri dengan bersiar2 sekitar epot. Teringat pesan mak ‘mak bagi duit ni,belilah apa2 hadiah besday k.yah ya”..khair2......alang2 da sampai Dubai,ape lagi...carilah apa yg boleh dijadikan kenangan ‘umur baru’.


Utk mak “jangan risau mak,tak habis pun duit mak bagi tu,nanti k.yah guna utk makan ye,dapat energi,buleh ngaji =)”

Tak lupa juga pada ‘sweater’ misteri tu.Walaupun xde yg nak declare ianya sbg gift,,sy tetap nk wish thanx alot to K.Asmaa n K.nia 4 dis gift!!! Lelah kalian smentara aja,tp pahalanya terus menerus mengalir spt sg. Nil~manfaatnya berpanjangan...^__^

Alhamdulillah,wa akhiran dapat jua hirup udara Ardul Kinanah setelah melepasi 27jam perjalanan.Lemasku dalam dakapan kerinduan. Ya Misr,ana gaiya!! Jom habiskan masa dengan terchenta,terus menerus mengejar cintaNya sebelum disinggah cinta yg tak sweet.

Musafir itu sebahagian daripada bahagian neraka. Walau pedih,manisnya tetap dapat dikecapi bila Allah di hadapan.RedhaMu diharapkan,redhaMu pada redha ayahbonda.rahmatilah mereka ya Rabb!

…Sekiranya engkau ditimpa musibah, maka JANGANLAH engkau berkata: "Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku", akan tetapi katakanlah, "apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki". Sesunggunya ‘kalau’ boleh membuka amalan syaitan”.

[HR Muslim]