Thursday, October 28, 2010

jambatan hati

sungguh,
JAUH adalah sifu pada
erti RINDU

walau jauh
beribu batu
antara dua benua
perasaan berdaya meniti

meniti di atas jambatan
yang dikonkrit kukuh
antara 2 hati

ya!
2 hati yang telah terikat kemas
dengan tali-tali kasih sayang
dan butir-butir cinta

tidak hairanlah
jika perasaan itu berulang alik
di atas jambatan hati
mengetuk pintu hati
sini..dan..sana

notakaki 1: Allah...sungguh hebat Kau! penangan rindu,ujian berat buat ku yg masih lemah dlm pngurusan emosi...sungguh! inilah indahnya didikan dari Mu ya Rabb...^__^

notakaki 2: syukran kathira buat mak ,ayah n keluarga nan jauh disana kerna sudi mngetuk hati disini n melafazkan kata rindu tanpa suara....hanya Allah yg tahu hati hamba disini...walau 2 benua memisahkan kita,kesedihan,kegembiraan,kerinduan kalian turutku rasai...perkhabaran dari kalian amatlah dinantikan agar diriku lega dan aman

notakaki 3: alhamdulillah 'ala kullihal kerna Allah sudi bina rabithah hati antara diri ini dengan sahabat2 yg dsayangi Allah....walau jauh,kerinduan orang disana turut dirasai orang disini...

~SALAM KERINDUAN BUAT YG MERINDUI~

Thursday, October 14, 2010

Alhamdulillah wa syukurillah...

Alhamdulillah,
baru 2 minggu sampai mesir,
dan baru 2 minggu masuk kelas,
macam2 mainan kehidupan Allah aturkan,

Dimulakan dengan sampai kat sini dengan ketengan,
sampai2 ,tumpang duduk umah Bie,
esoknya terus gi jumpa syimsa [broker rumah] yg tahun lepas tu,
beribu tapak kami menapak,
keletihan perjalanan semalam dari tanah air pun beluum habis lagi,
tapi seronok berjalan kat sini,berbeza dengan berjalan kaki kat masia =)

fiih mushkilah...= ada masalah
hah? kan kitorang dah bayar tahu lepas!
burn gitu je duit yg kitorang bayar kat syimsa tu..
hajat nak jimat duit dari bayar sewa 2 bulan tanpa duduk kat rumah,,rugi pulak jadinya bila kene 'tipu' dengan syimsa tu...ya allah!
[biarlah~itu urusan antara dia dengan Allah]

seminggu kami menumpang rumah orang,
bagaikan nomad,berpindah randah,
barang2 masih berbungkus dalam kotak...serabut tengok!
seminggu masuk kelas,macam tak masuk kelas pun,
bukan senang nak panaskan engine lepas 3 bulan cuti,
dah la tertinggal 10 hari kelas,
nak kejar yg tertinggal lagi,nak catch up yg baru belajar pulak,
mood nak belajar sedikit pun tak terliur nak singgah,
ya Allah,kau betul2 nak ajar aku utk handle problem datang bertubi.
BUT,yg penting, Allah hadiahkan KETENANGAN yg mampu menenggelamkan perasaan berat hati tika itu,,,alhamdulillah,,~senyum..senyum aja~

teruskan langkah,
redah semua bawab [penjaga bangunan] kat setiap imarah [bangunan umah flat],
redah je cakap bahasa arab,
alhamdulillah,tak sangka Allah bagi kekuatan dan keberanian utk 'meredah',
pengalaman...macam2 respons dan gaya...
tak kurang juga kami minta bantuan dari Ustaz2..tak kira yg kenal atau tak kenal..
our target : nak dapatkan umah secepat mungkin!

sekarang ni memang tengah berebut rumah,
utk pelajar2 yg baru sampai dan pelajar pengajian Islam [dorang semua belajar kat main campus di Kaherah]
harga rumah pun dah makin mahal..harga standard LE 1500=RM750

Akhirnya,penantian kami berakhir,
dapat rumah tingkat 5,atas sekali,,mafrushah [fully furnish],,
alhamdulillah ...alhamdulillah...
bile semua hal rumah dah settle....barang2 pun dah kemas...kepala pun dah ringan cikit..
masuk minggu ke-2,Allah da buka pintu hati utk 'menerima' pelajaran...
alhamdulillah...yippi!!

pesanan utk junior sekalian,

~tahun depan,sebaik2 nya, jangan lah balik mesir lewat. Jangan sampai miss kelas walau sehari, Sekali miss,blurr tahap max la adik ! tambah2 kalau korg ada masalah rumah.
~kalau ada niat nak pindah rumah, settlekan before balik Malaysia ya! bayarla sewa 3 bulan [sepanjang cuti] walaupun korang tak duduk rumah tu.

~kelas biasa nya start 2 minggu selepas raya. So,kalau boleh,balik la seminggu awal sebelum kelas start sebab boleh la korang panaskan engine sebelum mulakan tahun baru. Bukan senang nak faham balik 'sleng' english dorang,nak biasakan dgn dunia study balik selepas terlalu lama rilex....

Syukran ya Allah,Kau bagi kami ibrah yg besar!

nice journey

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Perjalanan dari Malaysia ke mesir yg penuh warna –warni,sungguh menarik susunan Allah. Melangkah turun dari rumah dengan ‘tak de perasaan’. Terasa cam hari2 biasa. Sampai je kat epot Pengkalan Chepa, tekezut dengan saudara mara yg dah lama sampai kat sana. Kak Asmaa’ and her mom.Tak bagitau pun. Terharu. =’(...syukran kathiraa..

Sampai je kat KLIA,terjumpa dengan ex-student maahad,ya Allah, 1 lagi kezutan. Sanggup dorang redah malam2 semata2 nak hantar Asiah Rosedi,alang2 tu ,hantar kitorang sekali la..Time nak check-in,hanya Allah je yang tahu perasaan kitorang. Dalam tiket tulis limit luggage 20kg,tp bila kitorang call,dorang cakap utk student 30kg. Kitorang sedap hati la sebelum tu. Sekali semua orang excess luggage. Hanya 25kg je boleh. Ya Allah,kesian kat kawan2 lain yg parents tak hantar sekali ke KLIA,gelabah duk fikir nk bayar extra 1 kg=RM93.Mane nak cari duit last minit ni.

Alhamdulillah mak ayah saya hantar kat KLIA. Dorang la jadi orang tua kpd kawan2 len especially Asiah Rosedi. ..hand carry pom dorang timbang juga.Tahun ni KLIA check-in by individually...tak leh by group.Strict.Dah puas kitorang pujuk kata kitorang ni student,mestilah banyak barang. In vain. Dorang kata,kalau nak dapat had lebih utk pelajar,kene beli tiket direct dengan syarikat airways tu.Kalau melalui agensi,memang tak dijual tiket khas utk pelajar.Urm,tahun depan rasa cam nak beralih ke Egypt Air la. Tiket biasa pun dapat luggage 40kg dan tak transit kat mana2.[kalau terasa nak balik la..he3]

Saat utk masuk ke departure room makin hampir.Sekali lagi saya cuba utk hayati perasaan sendiri,sungguh ,terasa macam nak pergi jalan2 dalam negeri je.Biasa je.Lain dengan tahun lepas.Alhamdulillah,dah makin ada kekuatan utk berpisah jauh dengan keluarga.

“Awak nak gi sana, gi tuntut ilmu.Kalau meninggal pun,dikira mati syahid.Buat apa nak sedih-sedih”

Mungkin ni lah salah satu kata2 azimat penguat diri dari mak tersayang.Mak kuat,anaknya pun kuat. Ayah macam biasa,tak habis2 dengan kesempoian dia.Apa2 perasaan memang tak tunjuk depan-depan.Tak mengapa.

Dalam kapal terbang,masing2 dengan hal masing2. Yang dah ‘berdrama’ dekat airport td,sah2 letih sgt2. Apa tak nya,kering lacrimal gland dibuatnya.Habis air takungan tuh.Kui3.Ada yang tak bleh tido,layan movie..[padahal dah pukul 3pg dah]

Tetiba teringat zaman doulu-doulu,masa 1st time fly to egypt a.k.a 1st time berpisah dengan family. Hanya kata2 ni menggambarkan keadaan saya masa tu;

“Aku dah tak ada sapa2 dah sekarang,mak ayah jauh,adik beradik dan sahabat2 pun jauh,hanya Allah segala2nya”

Lepas Allah bagi sesuatu,barulah kita nak sedar kan. Saat tu la saya mula belajar erti ‘tawakal’ yang selama ni hanya meniti di bibir.Indahnya berserah pada Nya setiap saat. ^^,

Transit kat Doha 8 jam. Masih lagi mempersoalkan ‘apa perasaan aku?’..Tiada jawapan. Kawan2 yg lain dah mula merindui malaysia.Tapi saya??~~

Pukul 1 petang dari Doha kami bertolak ke Mesir.Alhamdulillah,semua hand carry boleh masuk cargo.Lega. ..

“Selamat Hari Raya!” ,terkejut saya dengan teguran seorang pramugara ni. “melayu ke?”....”a’ah,melayu la”...unexpected. Muka cam omputih.Ada orang melayu,senang la kitorang nk mintak apa2 service.Time semua pramugara duk hidang makanan,tetiba terfikir,macammana dengan pramugara melayu Islam td bekerja?sanggup ke dia pegang botol arak tuk hidangkan pada penumpang? Bukan ke termasuk dalam 10 golongan yg hukumnya haram dalam bab arak? Hopefully, Allah beri hidayah padanya.

Dari kejauhan,padang pasir kelihatan. Oh Mesir! Ya allah,bagaikan sesuatu ter’zuup’ dalam diri. Kegembiraan melangkau tahap maximum pabila kaki melangkah keluar dari kapal terbang Qatar... Ini rupanya yg Allah nak bagi.Alhamdulillah.

Aroma Mesir yg cukup mengetuk pintu hati utk ‘berperasaan’.Gembira. Rindu sgt dengan bumi Anbiaa’ ni.Senyuman yg terukir tak dapat dikawal lagi.Hanya Dia yg tahu.

Tengok disekeliling.Macam2 ragam kawan2 ni.Ada yg kata “keserabutan sudah bermula”,,”tak nak tengok Mesir”...”nak balik malaysia”....”kene jadi mood org arab la ni”.....

Ada juga yang kata...”awak ni pelik la Asiah!”....hihhihihii....

Urm,bila fikirkan cabaran2 duk di negara arab,deal dengan rakyatnya,memang menyerabutkan.Tapi bila fikirkan ‘aku dah pijak bumi barakah & Allah bg peluang besar utk aku menuju jalanNya’,,hati memang tenang.

Emosi kawan2 lain sedikit pun tak menggangu kegumbiraan saya. Terus melangkah dengan penuh harapan.Mungkin mereka pun begitu. Apa yg kita niatkan itulah yg akan membawa diri menuju padanya.

Selamat datang tahun 2! Selamat penuhi impian yg tak tercapai ! Selamat bersedia utk hadapi pelangi kehidupan yang akan datang Asiah!

~Allah is always be with u~