Friday, April 23, 2010

MimPi teRinDah ^^,

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)
-Sumber-
http://www.ar- rifke.com/ 2010/04/kisah- benar-pelajar- uia-bermimpi. html

dgn linangan air mata hamba copy n paste artikel ini..terasa sedih hati ini dgn dosa2 selama ini..terasa begitu kasih rasulullah pd umatnya..ummati ummati ummati..tp kita melupakan nya..

syukran sahabat atas perkongsian berharga ini~


Wednesday, April 14, 2010

acu ..try..test..jawab

aSsaLamuaLaikum....
alhamdulillah....alhamdulillah...
pasti ramai sahabat2 diluar sana sibuk menjawab soalan2 past year question....
alhamdulillah..moga usaha kalian dibalas dengan kejayaan cemerlang dari Allah...
hurm...jom kita rilex2 kan minda...
jom test diri tuk jawab soalan2 menarik ni plak...



alkisah~suatu hari,imam al-ghazali berkumpul dgn murid2nya.lalu imam ghazali bertanya,pertama"apa yg paling dekat dgn diri kita di dunia ini?" murid2nya ada yg menjwb org tua,guru,teman dan kerabatnya.imam ghazali menjelaskan semua jwban itu benar.tetapi yg paling dekat dgn kita adalah "mati".sebab itu sudah janji allah SWT bahwa setiap yg bernyawa pasti akan mati.(ali imran 185)

alu imam ghazali meneruskan pertanyaan yg kedua."apa yg paling jauh dari diri kita di dunia ini?",murid2nya ada yg menjawab negera cina,bulan,matahari dan bintang2,lalu imam ghazali menjelaskan bahwa semua jwban yg mrk berikan adalah benar.tapi paling benar adalah "masa lalu",bagaimana pun kita,apa pun kenderaan kita,tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu.oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari2 yg akan datang dgn perbuatan yg sesuai dgn ajaran agama.

lalu imam ghazali meneruskan dgn pertanyaan yg ketiga "apa yg paling besar di dunia ini?"murid2nya ada yg menjawab gunung,bumi dan matahari.semua jawaban itu adalah benar kata imam ghazali.tapi yg paling besar dari yg ada di dunia ini adalah "nafsu" (al a'raf 179).maka kita harus hati2 dgn nafsu kita,jgn smpi nafsu membawa kita ke neraka.


pertanyaan yg empat adalah "apa yg paling berat di dunia ini?" murid2nya ada yg menjawab besi,gajah.semua jwban itu adalah benar kata imam ghazali,tapi yg paling berat adalah "memegang amanah" (al ahzab 72),tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika allah SWT meminta mereka untk menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini.tetapi manusia dgn sombongnya menyanggupi permintaan allah SWT,sehingga byk dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.


pertanyaan yg kelima adalah,"apakah yg paling ringan di dunia ini?"ada yg menjawab kapas,angin,debu...semua itu benar kata imam ghazali,tapi yg paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan sholat.oleh kerana pekerjaan, kita tinggalkan solat dan sbginya...


seterusnya pertanyaan ke enam adalah "apakah yg paling tajam di dunia ini?" murid2nya menjawab dgn serentak,pedang...benar kata imam ghazali,tapi yg paling tajam adalah "lidah manusia".karena melalui lidah manusia dgn mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...


yg baik itu dari allah yg buruk itu juga dari allah di atas kelemahan diri ini semoga allah melindungi kita setiap saat dlm perjalanan menujunya~ "allah tidak akan membiarkan org mukmin itu berterusan di dalam melakukan dosa" selawat dan salam keatas nabi junjungan serta ahli keluarganya dan para sahabat tabi' tabi'en hingga kpd para ulama yg sudah pergi dan yg masih lagi ada~ dan usahakanlah atas diri mencari mutiara dari para ulama selama mereka masih bersama dgn kita~ wabillahhi attaufiq~

[perkongsian dari Ustaz Haris Hamzah..jazakallah ya Ustaz!]

note: Saalam Imtihan buat sahabat2!!!
Usahakan yg terbaik utk capai kecemerlangan!
excellent 4 Islam!!

Tuesday, April 13, 2010

7 lafaz cinta

~ cinta itu lumrah ~

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang hafal
dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan
malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1.bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.


[perkongsian dari: blog geng kita '08 5sc 1]



Sunday, April 4, 2010

pertalian 'misteri'

Salam semanis iman buat teman...

'Dikau hadir dikala aku,
memerlukan seorang teman,
dikau bawa secebis bahagia,
bila aku hampir berputus asa.....'

Inilah antara lirik lagu
yang pernah menjadi saksi pada hubungan kami
yang sentiasa bermain di cuping telinga
yang cukup menusuk dikalbu
yang pernah berjaya menumpahkan takungan air mata
jua yang cukup jelas mencerminkan kemesraan kami
ucapan rindu sentiasa membuak-buak dihati ini
saat kenangan lepas segar berlegaran di kotak minda...

alhamdulillah...
hampir 5 tahun ikatan kami terjalin
pertemuan yang telah dirancang rapi olehNya
ditemukan pada saat 'perebutan'
siapakah yang menjadi rebutan??
itulah AKU
aku berdiri penuh kekeliruan tika itu

hari demi hari
kulayari dengan hidayahNya
kutempuhi hari mengenali dirinya
makin hari makin serasi antara kami
oh! sungguh indah
ku terasyik dengan keperibadiannya
terlalu banyak yang dapat kuikuti dari diri nya
istilah 'lintasan hati'
lambang simpulan hati kami

~moga ikatan kita direstuiNya~

Alhamdulillah,
Ucapan syukur kehadrat Rabbul 'Izzati atas pemberian 'hadiah misteri' yang tidak pernah terlintas di fikiran. Pertemuan dan pengenalan bersama hambaNya ,Asmaa' Syakirah Sazali, suatu anugerah yang tidak ternilai harganya. Kehadirannya dalam diri ini cukup memberi seribu satu makna tentang ukhuwah.

Tika itu, hubungan ku dengan Mawar@ Alang, Dayah@Acik,Ukhti Aqilah ,Ukhti Yang Latifah dan sahabat2 lain (terutama sekali ahli2 UBKK) makin rapat dan teguh. Suatu keajaiban dariNya...fikirku...

Disaat itulah kumula mengenali dan merasai kemanisan ukhwah fillaah yang sebelum ini hanya meniti dibibir.Saya bukan lah insan yang layak untuk berbicara tentang 'ukhwah fillah',apatah lagi dijadikan contoh dalam hal ini.Sedikit pun tidak layak. Saya sendiri masih 'terkapai-kapai' dalam mencari erti sebenar 'menjadi sahabat sejati'.Tetapi alhamdulillah kehadiran sahabat2 disekeliling ,kurniaanNya ini,,sedikit demi sedikit persoalan itu terjawab.Insyallah,cita-cita dlm mengenali erti 'ukhwah' tercapai suatu hari nanti.

Syukran kathira K.maa',walau kita berjauhan, tidak bermakna hubungan kita jauh. Malah saya rasakan lagi indah ikatan kita bila berjauhan. Indah macam mana tu??

Indahnya bila kita menikmati rabithah hati bersama sahabat2 yang lain. Syukran sekali lagi kerna menghadirkan lebih ramai 'saudara seislam' dalam hidup saya. Saudara2 kita yang sefikrah dan sehati sejiwa.

Alhamdulillah,walaupun saya tak pernah mengenali 'mereka',tetapi Allah telah mewujudkan perasaan rindu dan sayang pada mereka. Terasa aneh sekali dengan hinggapan perasaan ini. Iya la...antara kami,tidak pernah bertemu mata,tidak pernah berbalas bicara secara lisan,tidak pernah bersentuhan bersalaman...perasaan itu berjaya merajai hati ini.Tahniah perasaan!!Alhamdulillah Ya Rabb....

Kehadiran Ukhti Rabia,Ukhti Hasniah,Ukhti Suhaina dan Ukhti Fathin adalah pemberian istimewa dari K.maa'...Syukran K.maa' sudi berkongsi keindahan bersahabat dengan mereka . Alhamdulillah mereka berjaya mecuit hati ini dikala suka dan duka.

Walaubagaimanapun..hati ini tetap terasa gentar dikala janji antara kita
untuk bertemu di tanah tumpahnya darah diri ini...
mungkin pada hujung tahun ini....biiznillah
kerdil terasa diri ini untuk bertemu kalian yang cukup gagah fizikal dan rohani,
Diri ini hanyalah insan biasa yg sama seperti hamba2 Nya yang lain,
Yang juga punya sepasang mata untuk melihat keindahan ciptaanNya,
yang punya akal untuk memikirkan keagunganNya,
yang punya sepasang kaki untuk melangkah ke jalan yang diredhaiNya,
yang punya sepasang tangan untuk memberi manfaat pada makhluk dan agamaNya,
Keseluruhannya sama seperti kalian ....

Subhanallah,begitu unik aturan Allah.

Moga pertemuan kita yang bermatlamat keredhaanNya tercapai dengan kesungguhan kita menjalankan tugas sebagai HAMBANYA....jua moga kita dapat berTAARUF,TAFAHUM dan capai tahap TAKAFUL....

Thanks alot for being my friend...harapnya,kerinduan diri ini pada sahabiah yang sentiasa saling menasihati,saling memperingati dan saling menegur terubat dengan kehadiran kalian....

Doakan diri ini juga mampu berkongsi kemanisan ukhwah islamiah bersama2 sahabat di bumi Anbiaa' ini...Ameen~

note1:Doakan diri ini di perantauan yang sedang dalam proses 'mencari' sesuatu yg dpt membimbing diri ini ke jalan yg direstuiNya dan tabah menghadapi cabaran dariNya...sama-samalah kita memperbaiki diri disetiap saat....

note2:entri ini bukan bermakna sy tidak menghargai persahabatan dengan sahabiah2 yg lain.Cuma entri ini dikhususkan buat K.maa dan sahabat2 nya dan tanda terima kasih yg tidak terhingga pada K.maa atas pemberian 'hadiah misteri' ini.