Showing posts with label :: coretan hidup ::. Show all posts
Showing posts with label :: coretan hidup ::. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Peluang ke syurga di depan mata!

Salam mahabbah buat semua! 

Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam nikmat nyawa sehingga ketemu Ramadhan 1434H. Ramadhan kareem! 

Alhamdulillah sekian lama bercita-cita,  tahun ni Allah Yang Maha Mendengar memberi peluang berpuasa di bumi Nabi Musa. Ditambah pula puasa pertama kali dengan insan istimewa, en Hubby, allahu allah! 

Selesai final exam 27jun haritu, maka i'm officially fulltime houzwife!  only for straight 3months...hehe..masa yg singkat ni yg rasa smuanya nk buat yg da boom!  ;)  da best for him for sake of Him! 

Lain Ramadhan kali ini,  suasana tak semeriah sebelum ini, tiada hiasan meriah di kebanyakan masjid, tiada kemeriahan lampu2 menerangi rumah &  jalan. Mumkin dek kerana 'kejatuhan Dr Mursi',  alam turut merasai kesedihannya.  

Rakyat Mesir masih setia berhimpun secara aman, mereka tekad tidak akn berganjak selagi Dr Mursi tidak kembali menjdi presiden mereka.  Mereka teguh dgn pendirian tidak akan membalas balik walaupun pihak tentera bertindak kejam dgn rakyat di sini.  Syahid impian mereka! 

×××××××××××××××



Bersabar dlm mentaati

Ramadhan pertama sebagai isteri, pasti terbayang ingin ber'booster' dlm ibadah bersama suami.  Menjamu selera berbuka bersama tersayang. 

Namun Allah beri 'jalan cerita'  berbeza dgn apa yg saya bayangkan. 

En zauj penuh jadualnya dengan kelas di bulan ini. Selepas zohor hingga lah selepas maghrib dan berbuka juga bersama guru dn shbat2nya.

3 Ramadhan. Saya cuba menyalutkn perasaan hati dengan meminta izin suami utk ikut bersama ke kelasnya. 

Suami : Abang bukannya tak nk bawa awk bersama, cuma keadaan keselamatan kt luar sna yang tak sesuai. Transport nak ke mudayyifah pun susah. Tambahan kelas abg semuanya ikhwah. 

Saya : Tak per la, abg pegi kelas, sy duduk kt masjid azhar, boleh?  (masih lagi memujuk) 

Suami : Abg faham, syg mesti nak berbuka dgn abg kan? Syg pun faham kan, abg pun nak tambah ilmu, nk didik syg, nak didik anak3,nak didik masyarakat. 

"Sayang sebagai isteri mudah shj, hidup dgn redha suami terus dapat keredhaan Allah. Bukan saje2 Allah tetapkan seorng isteri perlu minta izin suami dlm setiap hal. Tapi disitulah ada redha suami. Kalaupun abang tinggalkan syg kt padang pasir dn syg meninggal kat sna, insyallah syurga buat syg sebab abang dah redha dgn syg. "

" Mudahnya syg ke syurga, dosa2 syg pun abg yg tanggung. Suami pun kne tanggung dosa anak3,ada tanggungjawab dgn mak ayah dn adik3 perempuan yg belum bernikah, "sambungnya dengan penuh hikmah. 

" Redha ni mahal, sebab ia jalan ke syurga yg mahal. Redha bukan utk orang biasa2,syg kan isteri solehah utk abang ^^. Nak dapatkan benda mahal, kena ada sedikit pengorbanan. Berkorban utk bersabar. Dalam susah, perlukan kesabaran. Dalam senang pun, perlukan kesabaran.  Sabar syang dalam mentaati Allah, Rasul dan suami, insyallah dgn rahmat Allah, syurga hadiah buat  sayang. Sabar ye isteri solehah", pujukannya cukup 'mencairkan'  hatiku yg degil. 

Alhamdulillah punya teman yg setia memberi mutiara kata. 
Perempuan itu separuh akalnya kerna emosinya dan separuh agamanya dek kerna 'cuti bulanannya'. Dengan perkahwinan, maka ianya saling melengkapi. 

Pesan en Hubby juga,  "pandanglah sesuatu itu dengan positif.  Think out of the box" 

Orait!  from now, i'm getting well n try to think positive... 
Mmm, so maybe this is a gold opportunity for me to start my true diet... 

Buka puasa dengn susu kurma + roti sikit/apa2 yg ringan2 then solat.  Ade banyak masa lepas maghrib utk tadarus al-Quran. See!  kat situ Allah bg jimatkan masa utk memasak n banyakkn masa berchenta denganNya. 

Then 1 nikmat lgi, menanti kepulangan en Hubby n sama3 solat terawih di masjid!  Then nikmatnya malam yg pendek di musim soifi ini dalam dihidupkan mlm dengan zikir cinta denganNya. Apa2 makanan yg en hubby request dpt lah makan time sahur. alhamdulillah... 

×××××××××××××××

Indahnya TAAT bukan pada nama, 
tapi pada perlaksanaannya. 

Senangnya taat bukan pada sebutannya, 
tapi pada keSABARan dalam mentaati. 

Mudahnya menjadi ISTERI SOLEHAH, 
Dengan menghargai peluang ke syurga di depan mata! 

# Sebelum berkahwin, redha Allah pda redha ibubapa. Maka taati &  hormatilah mereka di waktu hidup dan mati mereka! Syurga d bawah telapak kaki ibu! 

# Sudah berkahwin, redha isteri pada redha suaminya.  Maka bersabarlah dalam mentaatinya dan tiada pula ketaatan pada perkara maksiat.  Rebutlah peluang ke syurga di depan mata dengan mentaati suami! 

Allahu'alam

Wednesday, July 10, 2013

Suatu Malam yg Sedih Lagi Menyedihkan

:: Bismillah wal hamdulillah ::


Baru sahaja si suami membuka pintu rumah pulang dari menunaikan solat isyak, isterinya menyambut,

"Abg dah balik...abang,tengaok la cerita nih, sedih sangat...sanggup dia tinggalkan mak dia tepi jalan lepas tu suruh orang hantar mak die ke rumah orang-orang tua. Sob...sob...tak de perasaan ke anak dia ni".Penuh tisu di atas meja di ruang tv.

"Abang lagi lagi la sedih", sampuk suami nya.

"Erk...kenapa abang? abang penah tengok dah ke movie ni?",terkejut si isteri dengan respon suaminya.

"Sedihnya abang kalau sayang mati tak sempat nak tunaikan solat isyak. Apa abang nak jawab dengan Allah nanti."

Isteri : (Tumpang lalu )

************************************

Seni dalam mendidik

Hadirnya cinta dengan tanggungjawab. Bila sudah di lafazkan 'i love u' kepada yang halal, bermakna 'aku akan bertanggungjawab ke atas kamu'.

Sudah kita maaruf, dengan janji Allah dalam kitab sucinya, "lelaki lebih kuat drp wanita", ia membawa makna lelaki itu pemimpin bagi wanita.

Selesai saat lafaz "Aku terima nikahnya.....",maka pada saat dan detik itu,setiap dosa kesalahan isteri adalah dibawah tanggungjawab suami. Kesalahan yang tidak diteguri & dinasihati.

Mendidik manusia bukanlah suatu yg mudah.Tapi memerlukan kesenian.Mendidik anak kecil lebih mudah daripada mendidik isteri.

Mencorakkan pada kain putih suci bersih lagi mudah dibandingkan mahu melukis di kain yg sudah tersedia bercorak. Ada yang perlu di padam, ada yang perlu di tambah corakkan utk menjadi lebih indah.

Sebab itulah islam menggariskan pemilihan isteri permaisuri hidup adalah pada agamanya. Apabila baik agamanya, maka ia lebih baik drp dunia dan seisinya.

Wahai kaum Adam,
Kenalilah fitrah wanita ,didiknya dengan kelembutan dan kasih sayang. Kenali sifatnya sebelum mendidik. Pendirian terbukamu membuatkan wanita mudah dibimbing. Usah gunakan 'kuasa veto' sebagai 'paksaan' dalam ketaatan.

Wahai kaum Hawa,
Indahnya taat bukan pada perkataannya,
Tapi pada indahnya taat pada perlaksanaanya,
Hargailah peluangmu ke syurga di hadapan mata.


' Seri Pengantin Baru ' sepanjang hayat bersama



:: Bismillah wal hamdulillah ::

*****
Pesan mak :

“Jadi pengantin baru bukan sehari. Hidupkan aura ‘seri pengatin baru’ sepanjang hayat !”

*****

Begitulah pesanan mak sementara saya sibuk menulis alamat sahabat² di sampul surat untuk mengutuskan kad jemputan.

Malu² kucing itu perlu

Malu baja percambahan tunas-tunas cinta
Terhenti jari saya, mengambil tenaga lebih untuk berfikir dengan kata² mak. Cukup mendalam kata² mak yang sudah hamper 30 tahun menjalani bahtera perkahwinan. 

Cuba untuk mendalaminya,tapi ternyata pertanyaan kunci jawapannya.

Saya : mak, kenapa mak kata ‘seri pengantin baru’ bukan sehari? Maknanya kene buat majlis walimah ,berhias dan kene hias bilik tidur macam hari kahwin, hari² ke mak?
~~ade sedikit nada mengusik mak..hee~~

Mak : Kalau macam tu,seronok la orang lain,hari² dapat makan free…
         (pandai  mak balas..aish..)
           Ape yang kak yah faham dengan ‘seri pengantin’?

Saya : (erk..kene Tanya balik )…emmm, muka berseri-seri, hati suami isteri gembira,tenang, mood happy on 24jam, malu²,romatis²….

Sampuk mak “..suasana macamana?keadaan rumah?”

“Mestilah kemas mak, malu la ngan si dia …mesti masa tu rasa nak serve yang terbaik dan tercantik di matanya…serba serbi nak terbaik la mak..ish tak reti lah nak bayang banyak²..hehe..biasa la mak,awal² kawen…malu² kucing la”

Mak : Itu lah maksud mak. Malu. Ingat, malu bukan hanya di awal perkahwinan aja, tapi sepanjang hidup bersama. Kita kena pandai² ‘jual mahal’,barulah si dia kreatif nak tackle kita. Kat situ makin bercambah romantisnya.

“Kalau keluar rumah,kenapa orang pakat berhias lawa²?”

“Sebab malu kat orang la mak. Semua orang pandang.”

Sambung mak ,” samalah dalam rumah tangga ,bila ade rasa malu dengan si dia,pasti kita sentiasa nak menampilkan diri yang tercantik. Tak kisah lah suami atau isteri,masing² perlu ade rasa malu.Tanpa rasa malu,mesti kita pakai pakaian selekeh,tindak tanduk dah tak sopan. Tapi  dengan malu, kita akan terus bersopan santun,berhias, akan rasa rendah diri dan mudah meminta maaf.”

“ Ingat, kak yah kene sentiasa minta maaf dengan suami,terutama sekali 3 tempat,sebelum tidur,sebelum suami keluar rumah dan selepas solat berjemaah. Ringankan lidah, rendahkan ego… dengan maaf kita dapat sedikit demi sedikit ‘tangkap’ hati suami” tegas mak dalam menasihati.

Sudah biasa dengan mak,ada tempat lembut,ade tempat dia bertegas. Tanda ianya sangat penting.

“kalau kita tengok kes-kes cerai yang berlaku,kebanyakannya sebab tak jalankan tanggungjawab,suami atau isteri tak mainkan peranan. Kalau MALU tersemai dalam diri, pasti peranan diri didahulukan, pasti tak timbul masalah curang sebab malu dengan pasangan yang dah banyak berkorban itu ini demi kebahagiaan keluarga,tanpa adanya malu dlm diri,hilang penghormatan isteri kepada suami….kisah mereka kita jadikan teladan”

“ malu² kucing pun bia la bertempat, jangan sampai dia frust dengan awak..itu tak boleh,ini tak boleh sebab malu..kesian la dia..hehe..” gurau mak.

“pastu mak,kalau suasana,macamana pulak ?”tanyaku yang masih dalam kesamaran.

“kan mak dah cakap tadi,bila malu mesti kita nak tampil dengan cantik. Maknanya bukan sekadar awak sentiasa berhias diri sahaja, awak kene jaga rumah especially kebersihan rumah. Bilik tidur kene ceriakan seperti hari perkahwinan,kasi wangi,kemas bersih. Muka kene sentiasa tersenyum. Kain baju suami kene jaga,sama juga makan minum dia. Dahulukan keperluan suami.Kalau posisi seorang suami pun sama, kena jaga penampilan, kena rajin bantu isteri dalam hal mengurus rumah. Banyakkan memberi sebab setiap yang memberi akan lebih bahagia.”

“Mungkin sekarang awak tak rasa,belum cuba belum tau nikmatnya…hehe..semua jadi indah bila hati sayangkan pasangan kerana Allah”, mak memang supporting. 

Tambah² dengan mak membahasakan diri ‘saya-awak’ bila berbicara dengan anak²,terasa seperti berborak dengan sahabat². Rasa dekat.

*****
Alhamdulillah,kini saya sempat merasa nikmat melayari bahtera rumahtangga.Benar,kadangkala dilanda ombak,kadangkala di belai angin yg tenang. 

Segalanya pelajaran kehidupan.Sungguh indah!

Baru saya faham, kalau kecil² dulu mak ayah selalu ajar, kebersihan itu sebahagian drp iman, sabar,malu juga sebahagian drp keimanan. Benarlah hadith kekasih Allah ,”bila kamu tiada rasa malu,lakukanlah apa sahaja”…bagi wanita,sifat malu itu adalah pendinding diri jua perhiasan wanita solehah.

Nukilan ini moga menjadi peringatan dihari² akan datang,
1.31am
1 Ramadhan 1434H
Hayyu Sabie’,Madinat Nasr,Egypt


Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…
Meningkatkan prestasi ketaqwaan kepadaNya
Jua menambahbaik status seorang isteri…
Hajat doa dari sahabat pembaca ^^
< Zaujah _Harith >

Thursday, July 4, 2013

Ithar : Zaman Aku² Kau² semakin pudar


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

*****
Dan tiap-tiap jenis,kami ciptakan berpasangan supaya kalian mengingati kekuasaan Kami.
[Az-Zariaat : 49]

*****
Alhamdulillah…
Zaman ‘single’  dan zaman ‘berdua’ cukup jauh berbeza.
Bukan hanya warna warni dan pahit manis yg ada dalam kehidupan selepas sah diijabkabul,
tetapi ade hadiah ‘perubahan-give & take’ di dalam nya..Subahanallah!

Kalau dulu tika bujang,
bangun pagi,pegang perut…kalau lapar,lekas bangun menuju ke dapur,
kalau di rumah, jarang utk fikirkan lelahnya ibu berpagian memasak, asalkan perut sendiri kenyang..
kalau di rumah sewa, kalau kena dengan turn masak, mesti masak cepat2, asalkan masak dan sambung tidur…
takpun marah sgt2 kalau roommate tak masak tanpa usul periksa kenapa si dia miss masak pagi tu.

Kalau zaman single dulu,
kalau dalam kesusahan , banyak cari penyelesaian utk diri sendiri,
dengan prinsip teguh ‘asal aku selamat’, ‘asalkan barang2 aku ok’…
then baru nak fikirkan keadaan orang lain…ataupun terus pegi tanpa menghiraukan orang sekeliling..

Kalau dulu zaman ‘muda’,
Pantang kalau orang lewat bila temujanji..
kalau diri sendiri yang buat ada aja alasannya..
kurang sabar dalam menunggu orang lain siap makan atau siap shopping dll..

Di zaman ‘sorang2’,
berlenggang ke sana kemari,
boleh decide nak ke mana2 ikut suka hati,
dan percaya pada diri boleh jaga diri sendiri dan tidak fikirkan kerisauan mak ayah di rumah..

Dengan kata mudah,
banyak fikirkan hal diri, kurang fikirkan orang lain…
syok dengan dunia sendiri..

Belajar ithar dalam alam perkahwinan

Alhamdulillah….

Kau + Aku = Sinergi Perubahan 
Bila sudah masuk alam bahtera,
lapar atau masih kenyang,
pasti lekas siapkan sarapan.. kerna bimbang si dia lapar,
sanggup diri dikurangkan jumlah makanan asalkan si dia kenyang,
serta tahu betapa pentingnya sarapan dalam perkembangan otak,
ingin benar melihat si dia hidup sihat sejahtera,
di tambah pula dengan mendapat title ‘doktor di rumah’,
YA, isteri adalah permaisuri di dapur dan dial ah yang dapat mengawal apa yang di makan ahli rumahnya, seronoknya menjadi isteri !
Alhamdulillah ^^

Bila ada peneman di sisi,
Untuk ke sana ke mari, mesti di pasti setiap perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat,
sepanjang perjalanan di pastikan si dia gembira & berpuas hati,
biar diri terkorban asal si dia selamat..
subhanallah, itulah janji Allah di dalam kitab suci,
“Lelaki itu lebih kuat drp wanita”
lelaki adalah ‘protector’ bagi perempuan,
suami adalah protector bg si isteri,
Alhamdulillah^^

**walaubagaimanapun perlu di pasak di hati,Allah jualah sebaik2 pelindung dan suami hanyalah wasilahNya**

Bila sudah punya pasangan,
urusan masa menjadi perhatian,
faham benar fitrah wanita yang lemah lembut dan sukakan kekemasan dan kecantikan,
faham benar fitrah lelaki yang sukakan perkara simple dan mudah,
hal tunggu menunggu tidak menjadi isu ‘peperangan lidah’,
malah sabar menyulami hati dalam menanti,
indahnya pabila masing2 memahami fitrah diri ciptaan Allah,
Alhamdulillah ^^

Tika hidup ada peneman,
diri rela dikorbankan di saat susah ,duka dan sakit si dia,
sanggup diri letih,kurang tidur…demi si dia
kesusahan diri sebagai hadiah kebahagiaan si dia..subhanallah!
Alhamdulillah ^^
*****
Subhanallah!

Hidup berpasangan itu benar2 memberi peluang hambaNya berfikir tentang kekuasaanNya yang tiada bandingan….

Hebatnya penangan BERKASIH SAYANG yang mampu merubah diri daripada ‘selfish’/pentingkan diri kepada ‘ithar’/mementingkan orang lain…

Sungguh,
Hidup berpasangan suatu nikmat yg tak terhingga, yang banyak mengajar untuk lebih mengenali fitrah diri sendiri dan fitrah jantina yang berlainan…membuka mata seluas-luasnya!

Indahnya dalam memberi, semakin banyak memberi, semakin hatibahagia melihat si dia bahagia…dengan syarat tidak mengharapkan balasan…

Tidak menafikan ,dalam persahabatan sejantina juga mengajar erti ithar,
tetapi sahabat2 akan dapat merasakan perbezaan ithar dalam marhalah perkahwinan…subhanallah!
***
# Alhamdulillah…Allah beri peluang kahwin di usia muda, di mana saat ini masih di kelilingi dengan sahabat2 yg masih melalui zaman single sebagai cermin diri di suatu ketika dahulu..moga Allah membuka lagi jalan2 utk diriku berubah …hajat doa dari sahabat2 #

NotaHati 1 : Buat sahabat2 yg masih single…enjoy ur single life…sebab apa? Sebab sementara single ini kalian boleh membentuk karakter dn memilih karakter sebagai ‘bakal suami’ atau ‘bakal isteri’….sungguh tidak sedikit pun merugikan sahabat2 walau hati masih tidak terbuka utk berkahwin…jodoh is unexpected! Juz get ready!...kurangkan bebanan dalm berfikir 'siapa bakal imamku?' 'siapa bakal makmumku?'...persiapkan dirimu,segalanya sudah dipersiapkan utk mu peneman menuju Yang maha Esa.

NotaHati 2 : Contoh2 yang saya ceritakan di atas ini tidak ada kaitan dengan siapa2, Cuma contoh umum yg salah lihat di sekeliling sebagai ibrah. Terkadang kita perlu pandang ke belakang utk menjadi bahan pembinaan track perjalanan ke hadapan yg lebih baik.

NotaHati 3 : Kisah di atas banyak kepada pasangan yang baru hidup berdua dan belum lagi bertiga berempat....utk belajar ithar selepas menjadi ibu dan ayah bakal menyusul suatu hari nanti




Friday, June 21, 2013

Pilih Kasih : Medic vs Agama

Bismillahirrahmanirrahim^^

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat3Nya di setiap saat....

Sedang neuron - neuron di dalam kepala menghubungkan segala maklumat2 forensik dan toxicology,  head of department  (HOD)  of forensic berdiri tegap di hadapan dewan...

" You will have to sit for practical &  oral exam by tomorrow at 8.30am"

Erk! tomorrow? bukroh?  How come docturoh??
Kecoh 1 dewan.  Last minute jadual exam berubah, diperceptkan pulak tu..

Bila disoalkan kenapa... katanya kemungkinan akan berlaku rusuhan pada 30 jun.
Bukan sahaja subjek forensic di awalkan, subjek al quran juga di awalkan.. Diawalkan 5 hari!  Allah... makin bepeluh menerima 2 berita ini..

2 berita yang menyebabkn brain tiba2 'stuck'  mencari idea utk menjawab exam.
 

°°°°°°°°°°

Beginilah adatnya di Mesir.  Memang sangat2 sesuai dgn quote  "EXPECT THE UNEXPECTED".... GET READY SOKMO LAH!

Allah.. Allah....
Cuba menarik balik fokus menjawab exam. Ini forensic ok, bukan pathology or ENT or pape yg boleh merekacipta jawapan bdasarkan ilmu2 yg penah tahu.. .. forensic-setiap point adalah fakta, bukan mechanism yg kita boleh reka cipta.

°°°°°°°°°°

Selesai 3 jam exam, kecoh di luar dewan...

 "Macamna ni wehhh,,  tak hafal langsung pun lagi juz 27 ni.. ade masa 4 hari je.. semuanya 7 surah... argh!!  serabutnya!... dah la esok exam praktikal, beratus-ratus jar nak kene revise, kenapa lah dorang ubah jadual last minute!  tension!"

Masing3  dah tak tentu hala. Ada yang balik tidur dlu,  ade yang hantar mesej  minta kata2 taujihat,  saya?  mcm biasa, bila tension, tepung marjerin jadi mangsa!  Siap chocolate - cheesecake   petang tu.. then baru dapat buka buku balik..

°°°°°°°°°°

Pujuk hati,
utk praktikal esok, mudah aje Asiah... kan awal tahun aritu dh penah study smuanya.. dah pe ah faham... sekarang ni cuma tinggal nak revise aje!  (cuba utk tidak melayan perasaan 'susah kot bile dh lama sgt tinggal').. teruskan husnuzon...
moga Allah pimpin dlm setiap tindakan..

Terdetik di hati, untuk subjek agama especially alQuran... sedih juga bila terdengar sahabat2 menghafalnya last minute, honestly, saya sendiri tidak menghafalnya scara keseluruhan lagi... tapi sekurang2nya ada juga surah yg di hafal sepanjang tahun...
Al quran bukanlah' subjek' yg boleh di hafal last minute... sbb ia akn hilang after a minute...

Saya bersyukur Al Quran di masukkan dalam sillibus Al Azhar. Sebab apa?  sekurang2nya dalam fatrah imtihan, saya lebih semangat menghafal setiap kali sebelum start study. Bukan nak show off, cuma nak share bahawa hari3 kuliah biasa, tiada masa untuk saya focus 100% utk menghafal. Kadang2 1 surah mengambil masa 2 3 bulan.. hehee

Bila keadaan ini berlaku, hakikatnya memang kami pelajar melayu tak mampu nak menghafal subjek agama dalam bahasa Arab dalam masa 2 3 hari gap..
Cuma 1 pengajaran yang dapat saya simpulkan, sebenarnya tidak perlu ada pilih kasih atara subjek agama dengan subjek medic.

Maksudnya, kalau kita sanggup korbankan tenaga dan masa utk subjek medic, kenapa tidak utk subjek agama spt akidah, sirah tafsir dn sebagainya?
Kalau kita sanggup pergi tuisyen subjek medic, kenapa tidak utk subjek agama?

Bukanlah saya mahu membebel, cuma, mungkin masih kurang tahap kesedaran dlm diri kita terutamanya saya sendir tentang pentingnya subjek agama, bukan utk lulus exam shj, tp bg add value dalam diri.. diri yg bakal membawa nama 'Al Azhar'  ke seluruh dubiasuatu hari nanti... patutkah keluaran Azhar memiliki sikap begini terhadap ilmu?

Bagi saya, tidak seimbang sekiranya kita sanggup hadir ke kuliah subjek medik selama  5 6 jam tetapi sanggup skip kelas agama yg hanya 2 jam.. Sekurang kurangnya kita hadirlah it k mendengar walau kita tak faham bahasa Arab demi menjaga hati guru yg mengajar dan demi keberkatan ilmu dari guru. Walau saya sendiri ada basic arab, honestly saya sendiri terkapai2 dlm kelas tapi saya cuba cari jalan lain... hadir ke klas tambahan pula..

Di sini boleh dinilai tahap mana caknanya kita dengan subjek agama....

cukuplah 2 berita ini memberi pengajaran besar buat diri saya khususnya... ilmu Allah itu luas dan pohonlah padaNya agar dibukakan segalpintu2 rahsia ilmuNya....

Walau pada zahir namapak manusia yg mengubah jadual, tapi hakikatnya Allah yg mengatur 'kadual'  kehidupan kita... manusia hanyalah wasilah/perantaraannya... tiada sesuatu pun yg Allah susun itu, sia-sia...

*minta maaf atas bahasa dan gaya penyampaian yg mungkin mengguris hati sesetengah pihak... saya sekadar ingin memberi pencerahan melalui penulisan yg susah utk disampaikan melalui lisan... saya mohon beribu kemaafan*

p/# : post kali ini adalah pencerahan khusus bagi adik kakak  sahabat2 pelajar2 saiins kesihatan Al Azhar, medic &  dentistry...... tiada niat utk menjatuhkan sesiapa ataupun memegahkan diri.. saya hanyalah insan kerdil di sisi Allah..
Allahu 'ala' alam....


Thursday, December 6, 2012

kehidupan "status baru"

Bismillahirrahmanirrahim…


"macamna kehidupan lepas kahwin?" "

‘’camne handle study & rumahtangga?"

"tak penat ke jadi pelajar & isteri?"
Alhamdulillah..alhamdulillah…Maha Pengasih dan Penyayang Allah, mengurniakan insan-insan disekeliling saya yang sangat mengambil berat hal saudaranya.Syukran alaikum …moga kalian sentiasa dalam jagaan Allah…

Alhamdulillah dengan izinNya dapat saya menarikan jari jemari ini setelah lama meninggalkn dunia blogging…terlalu lama diperam tanpa disebarkan dengan pena, tiada gunanya kan…insyallah,mumkin ade sedikit kebaikan dari perkongsian saya memenuhi persoalan yg menghujani diri ini sepanjng 4 bulan bertukar status ‘baru’.

*****************

" Bang,takutlah nak fly k Mesir.."
"Aik,macam tak pernah pergi sana pula…..kenapa ni?"
"mmm,mampu ke saya nak hadapi hari mendatang sebagai pelajar dan isteri?"
"La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…tenang ya,Allah tahu kemampuanmu syg"(sambil tersenyum cute..hehe..)


Inilah dialog ringkas yang meniti di bibir saya bersama suami di saat-saat akhir di tanah air…sungguh,tiada keyakinan. Tapi siapalah saya utk menentukan masa depan. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan Allah yang Maha Agung. Kerna itu, Allah sediakn pendamping yg sgt supportive utk diri ini

*****************

Setelah 3 minggu berada di bumi Kinanah, di uji dengan perpisahan pandangan, akhirnya kami diizinkanNya tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Maka bermulalah episod berumahtangga tanpa keluarga di sisi.Di sini,rumah sendiri,lain rasanya daripada tinggal di rumah mak ayah di Malaysia..

Minggu ke-3,memang sudah banyak sillibus yang habis. Dengan keadaan tumpang di rumah kawan dn berpisah dengan suami, agak tidak teratur jadual belajar. Bangun kembali setelah berpindah ke rumah sendiri, di tambah pula ade peneman di sisi…memang bahagia.



Pelajar vs isteri

" err Asiah, tak penat ker, gi kuliah,tuisyen agi ,pastu balik umah,handle semua benda? macamna ngan masa awak?"

Tersenyum..sepuas2 nya...bukan perli,tapi gembira sebab inilah persoalan sahabat2 yang sama pernah menyinggah di minda saya sewaktu 'single' dahulu. Hairan melihat senior yang gagah meniti harian mereka dengan amanah yang besar. Alhamdulillah,kini saya dapat rasai realitinya..tak sama dengan pandangan sebelumnya..belum rasa belum tahu.


Gabungan ustaz dan doktor sangat jauh dari sudut waktu belajar, waktu rehat,jadual kelas dan macam2 lagi. Namun dua bidang yang berbeza tidak menyusahkan kami untuk saling menyesuaikan diri untuk bersama. kerna apa?? kerna benih KEFAHAMAN menjadi keutamaan untuk ditanam dalam diri masing2. Sebelum bersatu lagi, masing2 sudah menjelaskan hal komitmen dan tugas masing2,, agar akan datang tidak timbul konflik dan salah faham.Inilah hasilnya...alhamdulillah ;)

Dari pagi hingga petang,kadang kala hingga malam jadual kelas saya....lepas asar hingga isyak pula suami saya bertalaqqi bersama sheikh. Bila masa kami bertemu mata?? Hanya masa singkat kami manfaatkan untuk bermanja dan berkongsi. Nikmatnya masa singkat yang di beri.makin sikit makin ingin menghargainya.

Selalu ditinggalkan,makin subur benih2 rindu di hati.Allah ..riangnya hati ini melihat jam menanti kepulangannya di waktu malam.My romeo yang sentiasa di tinggalkan dari pagi ke petang juga begitu.Hehe...bila sudah biasa ditinggalkan,tidak kekoklah nanti bila ditinggalkan waktu "on call" akan datang ye! tu untung nye kawen awal :D



keseFAHAMan

Sedang saya asyik menelaah pelajaran di malam hari,pintu rumah terbuka...tersenyum lebar melihat jantung hati dengan manis muka menjejakkan kaki ke rumah. Baru sahaja mahu bangun menyambutnya,terus.....

"eh,duduk aje...sambung study"
"abang mesti penat balik dari kelas,abang nak makan?"
"tak pe,abang ambil sendiri. sayang kan dah penat masakkan untuk abang"


Senang hati dengan gelagatnya yang sangat sempoi.Bukan setakat tolong hidangkan makanan dalam keletihan,sempat lagi memberi suapan makanan dan bergurau sambil saya study...Allah..allah..allah...Seronoknya bila dia disisi :)

Disini tergambar dia sangat faham bahawa tuntutan saya sebagai medical student yang dilabel "tak boleh berpisah dengan buku"...terkadang rasa bersalah muncul kerna di kelas sudah disibukkan dengan buku,di rumah pula disambung lagi....cuma takut terlepas pandang dalam amanah melayan buah hati dengan baik bila terlalu asyik dengan helaian kertas.

Kalaulah ada yang bertanya,waktu apakah yang paling saya nantikan, akanku jawab "Waktu untuk pulang ke rumah! "...kenapa?? sebab berbunga hati bila dapat melihat sinaran di mata suami...Allah ! benarlah dalam hadith ada mnyebut,mafhumnya "Bila suami isteri saling berpandangan,Allah akan melihat mereka dengan pandangan kasih sayang"....Syok nyer bercinta bila sudah halal!! tiada batasan,semuanya boleh buat..semuanya ada ganjaran... subhanallah,dahsyatnya penangan angau bercinta!



Susunan masa

Sejujurnya saya bukanlah orang yang paling bijak dalam menyusun masa. Cuma hanya sedikit perkongsian. Kini MASA sudah menjadi subjek utama dalam harian untuk dijaga dan digunakan sebaiknya.

Pabila sudah membina mahligai,masa itu terbahagi dengan sendiri. Masa untuk diri,untuk tersayang,untuk study,untuk keluarga, kawan2 dan selainnya.

Terkadang rasa seperti ada extra time & extra energy bila membuat sesuatu untuk yang tercinta. Like a amazing miracle!.Baru saya faham,kenapa ibu2 di luar sana yang kepenatan dari kerja,mampu memasak,mengemas dan melayan anak suami dengan sepenuh hati. Cinta itu ubat kelelahan.

Sesuatu itu tidak terasa terbeban jika ianya untuk yang tersayang. Bahagia dalam membuatnya bahagia :) ditambah pula pesanan Kekasih Allah ; setiap tindakan seorang isteri untuk suaminya adalah pahala...Allah...mudahnya nak buat pahala :)


Bila waktu memasak?? Kebiasaanya waktu pagi sebelum ke kelas,saya akan masak untuk 1 hari terus...especially kalau ada kelas hingga malam. masak untuk berdua, sekejap aje! Alhamdulillah my hubby suka simple dishes..lagi la mudah ^^,...hah! 1 thing yang paling best, kalau saya tak sempat masak atau rasa nak tukar selera, my hubby akan turun padang....best nyer dapat makan masakan dari air tangan suami :)..alhamdulillah...


Weekend,biasanya hari sabtu,adalah hari pembikinan STOK. Saya akan buat stok pakaian,stok makanan dan stok bahan masakan. Baju untuk seminggu di gosok siap, semua bahan mentah seperti ikan dan ayam di siang siap2, bawang di kupas siap2...Alhamdulillah dengan cara ni saya dapat jimatkn masa dan dapat lebihkan waktu bersama bintang hati di waktu pagi..itu yang penting!

*****************************

Tiada lafaz yang mampu diucapkan...alhamdulillah..terlalu hebat nikmat dalam pernikahan ini.Sungguh tiada yang menjadi bebanan bila Allah katakan ianya sesuai dengan kemampuanmu walau kita menafikannya....

Alhamdulillah hanya sedikit perkongsian untuk di ambil yang baiknya. masih banyak yang perlu di pelajari,di lalui,di per elokkan...moga Allah terus mencampakkan cinta kami pada mereka yang mencintai Allah dan RasulNya...khair insyallah. Doakan kami thabat di jalan Allah dalam melayari bahtera bersama, di murahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah :)

Tuesday, August 9, 2011

Nak balik ke tak nak?

Alhamdulillah wa syukran lillah.Masih diberi peluang merasai nikmat Ramadhan di Bumi Anbiaa yang sungguh menakjubkan rasanya.

Di sini,orang-orang Arab tak suka dengan lafaz ‘Ramadhan Al-Mubarak’ tetapi mereka lebih selesa dengan ‘Ramadhan Kareem’. Satu lagi,di sini juga terdapat Kurma Medan Tahrir..hihiihi~ini semula penangan hari bersejarah revolusi 25 Jan 2011 aritu =)

Nak balik ke ke tak?

Dari tahun lepas lagi,persoalan ini pasti muncul saat final exam makin hampir.Tapi lain pula pada tahun ni. Free2 dapat cuti balik Malaysia ketika Mesir sedang havoc dengan kebangkitan suara rakyat.

Baru je balik ari tu,nak balik lagi ke lepas final? Baru je 6 bulan tinggalkan family...mmm.

Seminggu sebelum bertolak ke Mesir ari tu,ade juga usik2 mak ,”kak yah tak nak balik la tahun ni.Nak puasa dan raya kat sana,boleh tak mak?”

“Kalu tak balik Ramadhan ni,bila pulak cuti?”

“Tahun depan nun la mak. Akhir 2012.=)”

“Betul ke tak nak balik?’’..huhuhu~persoalan ni ditanya hari-hari sehingga la kat airport pada hari akhir di Kelantan.Iye ke setakat tu??huhu..tidak...sampailah saya tiba di Mesir,soalan ini tetap diluahkannya...mak..mak...

‘aii..nak balik Malaysia pun susah nak buat keputusan?’..tanya sahabat2.

Bila diceritakan hasrat bonda untuk saya tetap pulang cuti kali ini kepada sahabat2,inilah antara respon2 mereka...;

~Asiah,balik la..sementara mak ada,ikutlah kata mak.

~Selagi ade peluang pulang ke pangkuan keluarga,pulanglah Asiah. Nanti waktu dah bekerja,busy memanjang kat hospital dan keluarga sendiri,belum tentu kita ada masa untuk mak ayah.

~balik la Asiah walau sekejap.Tak rugi pun gembirakan hati mak ayah.

Syukran sahabat2.Perkara2 nilah yang menghantui diri saya. Dilema dalam memilih kehendak diri dan kehendak orang lain. Apa tidak nya,hanya dalam cuti Faslu soifie (musim panas) ni sahajalah satu-satunya peluang untuk kami disini,terutamanya pelajar2 Sains Kesihatan untuk mencari gali ilmu2 selain dari yang ada di kuliah. Bila difikirkan peluang,sungguh! Sayang nak lepaskan. Enggak ketahuan lagi kapan ia akan hadir.

Rindu?? Tipu besar la kalau saya katakan saya tak rindu keluarga tersayang.Tapi inilah realiti,menuntut ilmu dirantau orang cukup memerlukan pengorbanan perasaan pabila terpaksa berpisah pandangan.

Satu hal lagi,alang2 final exam habis sehari dua sebelum Ramadhan,nak juga merasa puasa di Ardul Kinanah yang dikatakan ‘tersangat seronok’..kalau tahun2 lain,belum tentu cuti musim panas hampir dengan bulan mulia ini.[tahun ni kebetulan ‘cuti free’ aritu menyebabkan semuanya berubah]

Keputusan muktamad!

Ape yang nak dipening-penigkan Asiah oiii! Istikharah & musyawarah. Simple solution yg dah ditetapkn,tunggu kamu buat aja !:p..hihi

Alhamdulillah,Allah kurniakan saya ayah bonda yang cukup memahami dan supportive. Dorang dengar segala hasrat yang terpendam ini. Alhamdulillah jua dengan bantuan Allah,mimpi sedang berbincang hal pembelian tiket pulang menguatkan lagi keyakinan saya untuk pulang. Akhirnya,keputusan muktamad telah ditetapkan....11/8/2011 menjadi pilihan untuk pulang.Moga Allah permudahkan segalanya.

Pada asalnya ingin berpuasa di sini selama 2 minggu,hanya 11 hari sahaja diberi peluang. Alhamdulillah..kalau tak jadi pulang,mahu sahaja beraya di Jordan,tapi Allah beri juga saya ke sana walau sebentar untuk transit selama 3 jam..

Say Alhamdulillah Asiah !! Sekurang-kurangnya Allah dah makbulkan keinginan Asiah tahun lepas..mane tahu,tahun depan Allah makbulkan cita2 tahun ni?! =)

Ya,bukan mudah untuk menolak ketepi keinginan sendiri,namun hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri.Biarlah kepentingan sendiri di tolak sebentar asalkan kita dapat penuhi hajat orang ramai.Mak ayah dah banyak berkorban demi kebaikan anak2,takkan buat kali ini saya tak boleh korbankan sedikit demi mereka? -_-“


Semuanya sudah terjawab

5 hari lepas,ku tersenyum lebar apabila mendapat panggilan dari Malaysia..hihi..

“Assalamualaikum..kakyah call mak setengah jam lagi boleh? Ada benda mak nak bincangkan”

“Baik mak”...urmm,serious benar suara mak tadi..Kenapa ya? Cuba untuk berfikiran positif dan husnuzon.Bukan mudah berada di saat itu.

“mak nak tanya pendapat kak yah sebagai seorang anak dan sebagai bakal seorang doktor,bla..bla..bla..bla..bla...bla..insyallah 11/8 ni mak nak buat operation”

Gulp ! Rilex Asiah !! Bertahan dalam kepahitan itu perit. Tapi ku terus mencuba!

Terimbau kembali,my aunty pun penah buat operation yang sama dan kini,alhamdulillah dia sihat wal ‘afiat .Sedikit terubat hati ini..

Perbualan kami deteruskan dengan penuh ketenangan dan keredhaan dengan ketentuanNya.Asiah kene kuat,mak pun pasti kuat!!...Insyallah semuanya ok lah mak! =)

Pahit memang susah untuk ditelan.Tapi tak bermakna tak boleh ditelan.Slow2 cuba untuk menelan.’Ala kulli haal,walau mumkin menjadi anak yang terakhir mengetahui berita ini,namun bersyukur sangat2. Biasa lah,yang jauh pasti dapat tahu last2..hihi. Masakan tidak, kalau dapat berita ni time exam ari tu..mau nya merapu je jawab exam...huhu~makan masa juga untuk menerimanya...

Alhamdulillah,sahabat2 sekeliling di sini dan di malaysia sudi memberi semangat. Tidak kurang juga adik beradik,walau nampak aja mereka cool,saya tahu apa yang tersirat di hati mereka. Anak2 En Zaidi pasti kuat2 n cool !!

Terkilan juga tak dapat berada disamping mak sebelum dia masuk ke bilik bedah.Hajat untuk menukar tarikh pulang tak dipersetujui mak ayah.Ku akur.

“Tak pe ,anak2 mak yang lain kan ade kat sini.Kak yah tak de pun,mak cuba bayangkan kak yah ade.Janji,lepas mak sedar,mak nak tengok kak yah ade kat sebelah,teman mak tau”

Hehehe.baik mak..Ayat pujukan mak~

Patutlah sebelum ini ade lintasan yang aku akan menjaga seseorang di hospital bila pulang nanti..Inilah jawapan dari Nya =)...Signal untuk saya bersiap siaga menerima sesuatu di masa akan datang.Alhamdulillah.[plus,saya memang suka duduk di hospital (sbg pelawat ,bkn sbg pesakit:p)]

‘Ala kulli haal,alhamdulillah ya rabb. Setiap yang berlaku tu adalah didikan dari Kau. Dalam situasi mendapat berita yang berat itu,saya belajar untuk berlapang dada dan bertenang sebelum membuat sesuatu keputusan . Bukan mudah nak aplikasikan ape yang hanya terbiasa meniti di bibir. Hanya yang merasa sahaja tahu manis pahit nya.

“Sabar ye Asiah,Insyallah baik-baik sahaja mak kat sana tu. Asiah kuat ya! Allah bagi ujian ini sebab tahu Asiah kuat untuk menerimanya.Ingat Allah banyak2 ya Asiah”....alhamdulillah,pujukan sahabat yang cukup menenangkan.

Alhamdulillah,semuanya berlaku di bulan mulia ini yang diberi peluang akan dimakbulkan doanya. Doa kan kami ya ! Semoga semuanya berjalan lancar biiznillah !


Mak ! i’m ready to be your ‘doctor’ ! hihi


Notahati : kalau orang tua suruh balik tu,balik sahaja lah.Mereka memerlukan kita disampingnya. Pasti ada sesuatu yang berharga bila memenuhi kehendak mereka.Khair insyallah. ^___^

Wednesday, August 3, 2011

Ifthar bersama 'keluarga baru'

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah wa syukranlillah ! ^__^..Termakbul juga doa untuk bertemu Ramadhan tahun ini di perantauan. Salam Ramadhan Kareem buat keluarga di Malaysia dan sahabat2 saudara seislam di seluruh negara. Sama-sama kita berlumba mengejar Ijazah Ketaqwaan 1st Class di sisi Allah untuk sesi Ramadhan kali ini..Insyallah.

Inilah kali pertama menyambut 1 Ramadhan di Mesir. Sungguh jauh berbeda dengan sambutan Ramadhan di Malaysia. Disini bagaikan menyambut hari raya dengan kemeriahan lampu2,bunyian mercun di sana sini, alunan aya-ayat Al-Quran yang tidak henti2 diperdengarkan di masjid-masjid dan keramahan orang Arab dengan mengucapkan “Kullu sanah wentum bikheer” kepada orang2 Islam. Alhamdulillah...


Kembara di hari puasa

Alhamdulillah,dengan penuh berbesar hati kami menerima jemputan iftar bersama Dr. Asyraf di halamannya di Mounira.

Dalam jam 1 petang,kami mulakan langkah ke Ramsis menuju ke Metro. Pasukan kami diketuai oleh Bie, moderator kelas tuisyen bersama Dr. Asyraf. Kami sama-sama tidak biasa dengan Metro ,makanya ‘termakan langsat’ lah kami hari ini. [puasa tau!]..Tersesat ke kawasan kereta api pulak!

Dari stesen Metro di As- Shouhadaa (nama asal sebelum revolusi~Mubarak) ke El Muzallat memakan masa 15 minit.Kehangatan di dalam Metro mengalahkan angin di luar sana. Lemas rasanya~

Bagaimana lah Dr. Asyraf boleh lalui hari-harinya untuk mengajar di Kulliyah Tibb Banin dengan perjalanan yang agak jauh ni.Ni baru sedikit,baru sampai di Metro,macamna entah perjalanan ke rumahnya ya? Jom,teruskan meredah kepanasan!

Sesampai di Stesen El Muzallat,dari jauh kelihatan senyuman comel pakar paediatrik ini yang kami rindui. Sifat mesra nya terasa bagaikan tiada ‘gaps’ antara kami sebagai pelajarnya. Kadangkala terasa seperti sahabatnya pula. Tak pasal-pasal terimbau kata-katanya di dalam kelas sebelum ini,

“If I make a class for you,only to get money.Sorry,I have a lot of money. I want all of you be a good doctor,not juz pass in exam. You are my children, I want the best from my children”..[Dr. Asyraf]

Keikhlasannya dalam mengajar tergambar dalam ketabahannya memberi kefahaman kepada kami dengan penuh kesungguhan dan sentiasa mengambil berat perihal pelajaran kami terutamanya subjek Physiology. Melaluinya saya telah jatuh chenta sama Physio ! =)

Ok,sambung balik cerita asal.Sampai di El Muzallat, Doc bawa kami ke tepi jalan untuk menunggu tremco ataupun mini bus. Doc biarkan kami di bawah pohon untuk berteduh sedangkan dia rela menunggu kenderaan awam di bawah kehangatan cahaya mentari di seberang jalan. Kasihnya Doc pada kami seperti seorang ayah.Terharu. =’)


~Doc berkacamata hitam~

Keletihan mula menggigit diri kami sepanjang perjalanan menuju Qanatir di dalam bas. Begini rasanya puasa di musim panas,panas yang tak terperi.Ada juga yang dibuai mimpi sepanjang 45 minit di dalam bas.

Doc sempat menunjukkan kliniknya di pekan Qanatir itu.Kliniknya beroperasi pada waktu malam dari jam 8-11 malam. Huh! Begitu padat jadual hariannya dengan mengajar di Uni,kelas2 tuisyen ,bekerja di klinik dan bersama family. Hebat orangnya dapat mengatur masa dengan sebaiknya.

Sampai di Qanatir,kami berjalan menuju jeti di tepi sungai.Waah ! Jalan2 menaiki bot di sekitar sungai tu.Tenang rasanya melihat air sungai dan suasana kampung di sekitarnya. Ada kanak-kanak yang bermandi manda,ibu2 yang membasuh pakaian di tepian,orang2 dewasa memancing. Sempat juga kami bersiar ke cabang sungai Nil ini.Di satu hujung sungai ini terpanpang pemandangan indah yang dihiasi jambatan yang berumur 200 tahun . Sangat cantik!!




Hampir 1 jam berseronok dengan ketenangan di sungai,kami berjalan kaki sepanjang tepian sungai itu menuju ke mahattah tremco di hujung jambatan itu. Sedang asyik berjalan sambil berbual dengan rakan sebelah,tetiba kedengarann suara wanita meraung dari arah sungai. Kelihatan ramai orang menghurung di tepi sungai di seberang sana dan seorang wanita tua berpakaian serba hitam meraung sambil mencampakkan pepasir di sekitarnya.

Kata Doc,memang sudah biasa dengan anak-anak muda mati lemas di sungai itu setiap tahun,terutama di bulan Ramadhan.[musim panas memang seronok main air,,tapi ni kan bulan puasa ?mm]...Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun...



~jambatan tertua~

Hampir semua orang Doc tegur dan di tegur.Ramah benar Doc ya.urm,fikir kami,mumkin sebab dia seorang doc di pekan itu. Tremco membawa kami ke kawasan pedalaman. Benar2 kampung lah!

Dengan keldai nya di sana sini,unta pun ada,rumah2 yang tidak lengkap,tut-tut ada di mana-mana,di belah kanan sawah dan di belah kiri anak sungai. Kampung betul la!

Bila di campur tolak bahagi,hampir 2 jam perjalanan dari Cairo. Doc melalui hari-harinya sebegini semata-mata untuk berkongsi ilmu dengan pelajar2nya.Sungguh! Dia tidak kenal penat jerih nya dalam menyampaikan ilmu. Ya Rabb ,kau rahmatilah guruku ini.Guru memang sanggup membakar dirinya demi anak bangsa..Salute la Doc !!

Kami di sambut mesra oleh ahli keluarganya dan di bawanya ke rumahnya di dalam imarah itu. Imarah(bangunan) setinggi 4 tingkat itu (kalau x silap),milik keluarganya.Yang tinggal di situ bersamanya adalah,ibu dan ayahnya,bapa saudaranya dan adiknya.

Letih rasanya seperti kain buruk.Terlentok kehausan dan kelesuan. Menanti 2 jam lagi berbuka dengan merehatkan diri dan masing2 sudah tidak bertenaga untuk bergerak ke sana ke mari.

Sempat juga 30 minit sebelum berbuka,Doc ajak berbual bersamanya.Terasa kekok juga kerna sudah lama tidak duduk di hadapannya,berborak mesra.Namun sikap penyayangnya menyenangkan kami.Di tambah pula dengan anak-anak2nya ,Nour,Youssef dan Lu’lu’ yang comel dan hensem2 memeriahkan suasana. Bersembang dan berkongsi cerita suasana dan adat resam puasa dan hari raya di Malaysia-Mesir. Bagi mereka,Ramadhan adalah bulan perayaan yang dinanti-nantikan.Sudah menjadi adat mereka untuk berkumpul seluruh ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama. Lauk ayam,daging,ikan menjadi hidangan hari-hari di bulan Kerahmatan ini berbanding hari-hari biasa,hanya 2 3 hari dalam seminggu sahaja mereka menjamu selera sebegitu.Di malam hari pula dihidupkan dengan Qiamullail bersama dan terus sambung dengan sahur.

Katanya,jika kami tiba lebih awal di rumahnya,kami boleh ‘join venture’ bersama isteri dan adik2 nya untuk menyediakan juadah ifthar hari ini. [teringin juga!]



Ifthar bersama Dr. Asyraf

Alhamdulillah!! Mahsyi yang sudah lama diidamkan terhidang di depan mata. Firakh mashwi (ayam bakar),mulakhayyah,bamia memenuhi meja makan. Wah ! Hidangan untuk orang Arab ni. Banyak sungguh ! kalau di masjid-masjid,ifthar bersama di panggil Maidatu Rahman. [belum cuba lagi ni]

Air sejuk juga menjadi rebutan kami.huhu..



~menanti waktu berbuka~

[nasi~mulakhayyah (sup sayur) ~ bamia (sayur bendi) ~ mahshi (nasi di salut daun) ~ ayam bakar ~ saltah )

Alhamdulillah..nikmatnya dapat berkongsi kegembiraan berpuasa dan ifthar bersama orang Arab. Rugilah sape yang tak cuba untuk merasa suasana bersama orang arab alang2 tinggal di negara Arab :p..[rugi la sape2 yg balik malaysia awal..hihihi]



Walau belum genap setahun perkenalan kami dengan Dr. Asyraf,perasaan kekeluargaan dengan nya sudah mula membenih di hati . Terima kasih banyak2 kerna sudi menerima kami,tahun depan jemputlah lagi :P

Walau Ramadhan tahun ni tanpa family tersayang,saya ada ‘keluarga baru’ disini.hehehe...=)

Saturday, July 30, 2011

C.U.T.I......sayonara!!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah


Sayonara!

Exam Tafsir semalam menutup tirai final exam of 2nd year,2011...alhamdulillah. Usaha semampu mumkin telah dikerah,dan serahkan segalanya pada Allah.Tawakkaltu ‘ala allah. Harapnya semua lulus untuk naik tahun 3,insyallah.Ameen....Merdekaaaaa!!

Gembira,sedih,lega, bercampur baur belaka. Entah ape yang dirasakan sebenarnya.

Sunyi rumah tanpa mereka. Sayonara geng sedulang,Kak Ummu,Husna dan Farizah =’)...Semalam jugak mereka tinggalkan bumi anbiaa ni dengan senyuman lebar. Gumbira kuasa 2 mereka!!

Sebak di hati hanya Allah sahaja yang tahu.Peritnya perpisahan pandangan kali ini. Perginya mereka untuk bergembira bersama keluarga tercinta disana..ya! saya tumpang gumbira..=)...belajar untuk senyum di saat itu. Ada jodoh kita bertemu lagi tahun hadapan...[ 2 bulan je pun ..hehe]

Pantasnya masa berlalu ,tanpa sedar tamatlah sudah al-kisah tahun 2 yang penuh nostalgia hitam putih dan jatuh bangun sebagai pelajar di sini. Alhamdulillah, cuba untuk berfikir dengan setiap yang berlaku.

~bersama Husna & Kak Ummu ..debator hebat Bayt Solehah :p ~

C.U.T.I


Yeah !!! Muncul sudah CUTI yang dinanti-nantikan ...=)

C = Cuti
U = Untuk
T = Tadah
I = ilmu

Jom sahabat-sahabat!

Kita gunakan sebaik mumkin peluang C.U.T.I kali ini dengan meneruskan kembara koreksi ilmu2 Allah dan kembara mengenali manusia di rantau orang ini selagi ada masa yang berbaki....rabbuna yusahhillana..=)

Sudah pasti jadual sahabat2 sudah dipenuhi aktiviti2 yang menarik sepanjang cuti ini kan?? Lepas habis exam,terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Bershopping untuk hadiah buat ahli keluarga tersayang,selesaikan urusan persatuan sebelum pulang, uruskan program2 yang bakal di adakan dan pelbagai lagi. Belum lagi di tambah dengan kelas2 thaqafah yang bakal memenuhi hari-hari di bulan Ramadhan Kareem dan jalan2 pusing2 Mesir. [tak sabar menanti Ramadhan ! ^___^]

Setiap saat itu akan dimanfaatkan dengan apa yang diagendakan...khair2 insyallah.Rosaknya air itu kerna tidak mengalir,rosaknya pemuda itu tanpa melakukan apa2 pada masa lapang.

Selamat la belako !

Buat sahabat-sahabat,

Walau dimana pun kalian berada pada cuti kali ini,

Bagi yang pulang ke tanah air, selamat berseronok di samping keluarga terchenta. Berbaktilah sebaik mumkin kepada mereka selagi ada masa. Setahun sekali je peluang ni tau! [tahun ni je 2 kali setahun ]...dan selamat berpuasa bersama tersayang !

Buat yang bakal dan yang telah selamat diijab kabul,barakallahu ‘alaikum ! Moga percantuman 2 hati yang saling mencintai kerna Nya melahirkan lebih ramai mujahid & mujahidah Islam..[tahun ni ramai adik2 (19 tahun) mendirikan rumah tangga. Tidak kurang juga abang2 dan kakak2 senior.Tahniah! =)...]

Dan buat sahabat2 yang teguh berdiri di bumi Kinanah ini,teruskan thabat dalam perjalanan. Masih banyak lagi mutiara-mutiara di celahan pepasir Mesir yang belum di kutip.Inilah masanya! Jom intai2 daurah dan kelas2 yang dapat menambahkan lagi kecintaan kita pada ilmu2 Allah.

Peluang itu entah bila akan datang lagi. Makanya ,rebutlah terus tika ia hadir kerna mumkin inilah kali pertama dan terakhir ia hadir. Gunakanlah ia sebaik mumkin!

p/s: Off to Mansoura.

Tuesday, June 14, 2011

Kerna Sebiji Epal Hijau

:: FREE gifts from my LOVER ::

Mengeja ke membaca ni?

tak masuk pape pun.

tachycardia pulak.hypotension kowt.

badan tengah stress la ni.glucose pun dah kurang juga kot.

sungguh 1 perkataan pun tak faham.

ya Allah tenangkanlah diriku ini

diam sebentar

alunan subhanallah beralih ke list yang seterusnya

zikir ‘hasbi rabbi jallallah’ segera muncul dari earphone yg setia menjadi halwa telinga.

Tepat pada masanya.

alhamdulillah..

free gift from Him...peace ^^,v


Owh~epal hijau...hadir dengan izinNya

syukran along dayah

hijau menenangkan....aromanya mendamaikan

once again FREE gift from Him the Almighty...alhamdulillah

moga Allah mengurniakan ketenangan buat akak!

:: Kerna Sebiji Epal Hijau ::

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

kredit to: Kisah Teladan & Co [FB]

l MEDICAL INFO l

Keadaan stress sebenarnya bukan sahaja tekanan yang dirasakan pada 'beratnya kepala menanggung',sebenarnya dalam badan kita yang 'tertekan' . Apa yang berlaku ketika stress??

Biasanya hypotension [rendah tekanan darah],hypoglycemia [rendah kandungan glucose dalam badan], hypothermia [rendah suhu badan] dan banyak lagi. Pada waktu ini, cortisol hormone akan take its action as anti-stress hormone. Ia akan meransang kita untuk makan sesuatu untuk cover balik kandungan glucose yang sudah habis digunakan oleh otak dan badan, mengepam darah untuk cover tekanan darah yang rendah tu...dan banyak lagi tindakan dalam badan bekerja dengan penuh taat tanpa henti demi memberi khidmat terbaik pada manusia,hamba Ilahi..so,tak salah la bile stress belaja,kita asyik makan je kan??hihihi

Tapi biasanya,musim2 exam ni,biasanya stress akan bercouple dengan cuak..bile cuak ni,sympathetic over reaction la...it will increase all reaction in the body. Sejuk 1 badan,terketar2,berdebar2,hilang selera makan dan macam2 gaya lagi la.

So,bile dua-dua ni bergandingan,habit kita akan terserlah. Kalau sebelum ni kita mmg jenis yg suka makan,time exam ni la kene stok banayak2 makanan dan kalau jenis tak suka makan,dapur tak berasap pun musim exam.

*tachycardia=berdebar..jantung mengepam dengan bersungguh-sungguh !

~wasalam~